Tiga Kaedah Mengawal Emosi Marah
Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap panas baran yang ada dalam diri saya? Ketika saya berdepan dengan sesuatu hal, saya mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya saya tewas juga.
Kesabaran saya hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun saya ada juga beristigfar.
Sesungguhnya kemarahan akan
mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat
dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti muka menjadi merah, urat
– urat leher menegang, tubuh seakan – akan mengigil kerana geram, suara
menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk
samada mengutuk atau mengeji.
Selain itu, akibat daripada emosi marah
tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk atau
membunuh. Mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan
akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.
Emosi Marah
Walaupun emosi marah adalah sifat semula
jadi kita, namun seorang muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan
diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan.
Saya ingin mencadangkan supaya kita mengamalkan tiga langkah kebijaksanaan atau tiga kaedah mengawal emosi marah supaya stabil.
Kemarahan
selalunya berpunca daripada kegagalan kita mengawal emosi, emosi marah.
Pelbagai dugaan hidup akan melahirkan pelbagai emosi dalam diri kita
yang kadang – kadang membuatkan emosi tidak menentu.
Mengawal emosi marah : Banyakkan Minum Air Kosong
Tiga langkah bertenang yang pertama
adalah; banyakkan minum air kosong. Jika pakar kesihatan menyarankan
kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka
ini.
Mengapa?
Kerana air memang akan menenangkan dan
menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang
berada dalam badan dengan air. Jangan lupa baca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak minum air
Selain itu, jika dapat berwudhuk adalah lebih baik.
Mohon kepada Allah agar api kemarahan
yang sedang menyala di dalam diri menjadi kecil dan akhirnya terpadam.
Biar terhapus emosi marah tersebut.
Mengawal emosi marah : Memakai Pewangi Setiap Masa
Kedua, amalkan memakai pewangi setiap
masa. Wangikan tubuh dan kawasan persekitaran. Kewangian akan membawa
emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh
menyebabkan kita cepat marah.
Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa – apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk lebih tenang dan bijaksana
Mengawal Emosi Marah : Amalkan Teknik “Pause”
Pernah dengar teknik ni? Jika belum, saya menjemput anda membacanya di ARTIKEL INI. Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional.
Menjadi penyabar semasa marah adalah
jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu
kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu,
konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.
***
Semoga Allah menjadikan kita insan yang
sangat tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. Tingkatkan
amal ibadat dan basahkan bibir dengan zikrullah agar hati kita menjadi
lebih lembut lagi tenang.
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

No comments:
Post a Comment